Elite 150 typeZ kini jalan semakin jauh
by shah on Nov.20, 2009, under corat-coret elite150 typeZ
Salam semua…. Saya kini menetap di Senawang, tapi masih lagi bekerja di Seri Kembangan. Masih lagi berulang alik dengan teman setia Skuter Elite 150 Mybikes typeZ (dh nak masuk 4 bulan pun berulang alik). Walaupun agak jauh dan jarak perjalanan menjangkau hampir 150km. Alhamdulillah masih tiada masalah.
Apa yang penting servis mesti ikut jadual. Percaya tak kalau saya kata belum tukar plug skuter ini sejak pakai myBikes. Tapi servis akan datang saya bercadang untuk menukarnya.
Oh ye… sesiapa yang pakai skuter elite dan nak pakai typeZ saya cadangkan potong sikit kepala plug yang menyambung ke typeZ supaya skru di kepala plug dapat pulas habis pada body typeZ. kemudian barulah masukkan shrinkcabel tape dan bakar. Saya buat ubahsuai ini selepas 3bulan pakai. So terpaksalah balut semula guna tape penebat elektrik.
Sahabat saya yang pakai Elegen, telah pun menanggalkan TypeRnya… Ops.. bukan x elok ye!.. tapi sebab dia nak trade in skuter ini dan ambil Aprilia Sportcity. X sabar nak dengar cerita dia dengan Sportcity TypeR nya..
Sejak pakai typeZ nie part yang paling saya suka adalah semasa di Lampu Isyarat… pickup kuat syok loloskan diri dari mat-mat motor lain, bagus untuk melalui kesesakan lalulintas.
Duduk Senawang nie menyebabkan, saya berangan nak pakai skuter yang lebih selesa. Saya bercadang nak pakai SYM GTS200 atau kalau rezeki lebih SYM Symphony Evo250i.
Doakan saya berjaya memilikinya…
Tips bagi Pemasangan MyBIKES TypeR
by shah on Jul.26, 2009, under Tips Pemasangan TypeR
Rubber cap TypeR sebenarnya memang melekat. Untuk memudahkan pemasangan anda boleh menanggalkan rubber cap

dan memasukkan nya dahulu,(rujuk gambar)ke dalam kabel. Selepas pemasangan taupkan semula seperti pemasangan dalam TypeZ

rubber cap typeR

Kenali Kit Penjimat Minyak dan Power Booster – MyBikes
by shah on Jun.17, 2009, under Pengenalan
Type-R myBIKES power booster and fuel saver kit lengkap dengan penutup palam berkualiti tinggi.
Bahan utama kepala palam pencucuh ini diperbuat dari getah silikon yang tahan suhu tinggi dan melampau.
Sambungan yang kemas dan mencengkam pada palam pencucuh menjadikan zon sensitif ini adalah 100% kalis air
Type-Z myBIKES power booster and fuel saver kit ringkas tetapi padat.
Mempunyai kuasa dan fungsi 100% menyamai myBIKES Type-R. Pengguna perlu menggunakan penutup palam pencucuh asal. Kaedah pemasangan yang amat mudah.
Cara Pemasangan MyBikes TypeZ
by shah on Jun.16, 2009, under Cara pemasangan myBIKES TypeZ
Mula-mula kenal pasti kedudukan kepala plug, pegang kabel paling hampir dengan kepala plug kemudian pulas kepala plug mengikut arah lawan jam untuk menanggalkannya
Setelah tanggal pastikan susunatur kepala plug dan MyBikes seperti gambar di atas
Cantumkan kepala plug dengan MyBikes. Pusingkan ia ikut arah jam.

Beginilah gambar kedudukan kepala plug apabila telah di skrukan (cantum)


Beginilah gambaran kepala plug+MyBikes TypeZ di mana’shrinkable tape’ nya telah di panaskan – berkedap!
Sambungkan semula kepala plug ke kabel dengan memutarkannya ikut arah jam supaya skru dan kabel bercantum rapat. Masukkan semula kepada palam pencucuh. Ha’ah anda sedia untuk mengujinya.
